Friday 2 December 2011

KEUNIKAN TARIAN RAKYAT JOHOR - ZAPIN.....

TARIAN ZAPIN JOHOR
Latar Belakang Ringkas Tarian Zapin Di Johor
1. Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu
yang masih utuh dan popular dewasa ini ialah tari zapin.
Dari perspektif sejarah perkembangannya tarian zapin telah
menular luas di kalangan penggemar senitari di Malaysia ini
telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan
ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Namun
demikian banyak antara genre zapin tradisional ini tersebar
hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu
daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun
dikatakan masih terdapat di negeri Johor.
2. Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin
Melayu dan Zapin Arab memperlihatkan perbezaaan dari
segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya
genre zapin itu berasal dari satu keseniaan masyarakat Arab
yang di bawa Hadramaut.
3. Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak bukan sahaja pada
kesatuan muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh
keseniaan Arab bahkan juga pada sifat segretasi penari dan
penonton. Dalam konteks inilah keunikan tarian zapin begitu
terserlah terutamanya pada ciri penghubungannya dengan
keseniaan Islam yang dibawa oleh orang-orang Arab. Di
Johor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang
berunsur Islam yang berfungsi sebagai hiburan sama ada
pada acara-acara sekular mahupun acara sambutan hari-
hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan
tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun ianya
lahir dari adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara
selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini
memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari
Tarian Zapin Arab.
4. Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah
keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan
pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan
di kalangan mereka sekali gus mematahkan rasa malu
penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara
simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan
usaha bersama dan bukannya usaha individu disamping
meminggirkan persaingan antara pemain-pemain dalam
kumpulan mahupun antara kumpulan, Ditinjau dari
perspektif inilah, keunikan dan keistimewaan tarian Zapin
Johor terserlah.

No comments:

Post a Comment