Friday 18 November 2011

Basker...(^_^)...


Kalau kita ke Pasar Seni setiap hari waktu petang,kita akan dapat menyaksikan persembahan percuma yang dimainkan oleh Pemuzik Jalanan dilaluan Pejalan kaki bersebelahan Pasar Seni.Pemuzik Jalanan atau Busker akan bermain gitar dan bernyanyi dalam kelompok berdua atau bertiga,dan mereka akan mendendangkan berbagai rentak lagu dengan bermacam style atau gaya.Ada lagu melayu,Inggeris,Cina,Sepanyol dan berbagai lagi,yang pasti anda akan terhibur dengan persembahan mereka.

Cubalah datang ke Pasar Seni pada hari Jumaat,Sabtu atau Ahad dan saksikanla persembahan mereka.Pemilihan lagu adalah secara spontan biasanya,dan kebanyaakan lagu adalah dari lagu-lagu Popular semasa sehinggalah keberbagai genre muzik yang lain.
Kalau di Eropah atau negara-negara barat atau Asia,budaya Busking ini diiktiraf dan dipandang tinggi oleh Kerajaan dan mereka diberikan Permit untuk mengadakan persembahan .Cuma diMalaysia ni kehadiran mereka sering disalahtafsir oleh Pihak kerajaan atau Pihak Berkuasa.Dan dibarat budaya memberi sedikit sumbangan wang adalah tanda sokongan,dan mereka tak perlu menjaja atau menghulur topi kearah pengunjung sebab para penonton atau pengunjung yang lalu lalang akan menghulurkan sumbangan tanpa kita minta,makna nya mereka menghargai bakat golongan ini.

Disini orang kita masih ada sikap malu yang tebal,mereka segan untuk memberikan sumbangan,padahal dalam hati mahu.Dia nak kita datang pada dia,itu saja..Bagaimanapun dari masa kesemasa pandangan masyarakat mula berubah dan mula menerima kehadiran golongan ini.Pemuzik jalanan bukan Peminta Sedekah dan pandangan bodoh ini perlu diubah terutamanya dari orang kita dan pihak Kerajaan  khususnya,berilah ruang dan permit untuk mereka bermuzik.Tidak dinafikan kehadiran golongan Busker ini memeriahkan suasana persekitaran bahkan para pelancong pun turut enjoy dengan persembahan mereka.Berilah sumbangan,kalau tak meminati muzik pun  anggaplah amal jariaah kita sesama  insan,habluminannas antara sesama kita manusia.Insyaalah akan diberkati.